"Katakanlah: "Jika kamu (benar-benar) mencintai Allah, ikutilah aku, niscaya Allah mengasihi dan mengampuni dosa-dosamu." Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang." (surah Ali 'Imran:31)
Hari ini, utusan melaporkan populasi umat Islam.. klik sini
"Penduduk Islam di dunia kini berjumlah 1.57 bilion, nisbah satu kepada empat orang penduduk dunia" "Jerman mempunyai lebih ramai penduduk Islam berbanding Lebanon; China mempunyai lebih ramai penduduk Islam daripada Syria dan Rusia pula mempunyai lebih ramai penduduk Islam berbanding Jordan dan Libya." "Bilangan terbesar umat Islam adalah di Asia iaitu meliputi lebih 60 peratus. Asia Barat dan Afrika Utara hanya mewakili kira-kira 20 peratus umat Islam, 15 peratus di Afrika Sub-Saharan, 2.4 peratus di Eropah dan 0.3 peratus di Amerika Syarikat."
Oleh itu,munasabahkah Islam hanya dinisbahkan kepada Arab? Sesungguhnya kemuliaan pada mengamalkan Islam dan kehinaan pada meninggalkan Islam!
apa yang mengejutkan, berita melaporkan, "agama Islam sebagai agama kedua terbesar di dunia selepas Kristian"
apa respond anda?? apa tindakan susulan anda? Kita masih bergaduh, berpecah-pecah, saling mencaci, membincangkan hal2 yang remeh temeh.. seolah-olah keinginan terlampau amalkan agama menyebabkan kita semakin mundur, padahal hakikatnya, pengamalan Islam pasti membawa kemajuan! adakah Islam yang kita amalkan bukanlah Islam yang asli, seperti yang dibawa oleh Nabi Muhammad SAW??
Padahal Allah telah meletakkan syarat untuk bersatu padu mestilah berpegang pada tali Allah!
Persoalannya, Adakah benar tali Allah yang kita pegang sekarang ? Adakah kita tertipu? sama-sama kita mencari kebenaran
semoga Allah tunjukkan kebenaran kepada kita semua
Pejam celik, pejam celik. Lorgh, hari ini sudah masuk harike-15 sya’aban. Kalau masjid-masjid kat Malaysia ni ,mesti baca yaa siin 3 kali. Kalau kat mesir pulak, depends la kat diri masing-masing, kalau nak baca yaa siin 3 kali, Alhamdulillah. Paling kurang, sedar jugak hari ini sudah masuk hari ke-15 sya’ban. Masih berbaki 15 hari lagi untuk Ramadhan rupanya..
ALAHAI, DAH NAK PUASA RUPANYA…
Ops, dah nak puasa?
Uish, kalau orang yang tahu dan meyakini kelebihan bulan Ramadhan,amboi, mesti seronok sakan! Apa tak nye, ganjaran dalam bulan Ramadhan, bukan sedikit. Bayangkan, pahala amalan sunat akan diganda-ganda macam pahala wajib. Pahala amalan juga akan diganda-ganda sehingga 700 kali ganda dan berkali-kali ganda lagi. Buat amalan sedikit, pahala bertimbun-timbun. Lagi banyak amalan, pahala mesti lagi gempak! Syok sungguh! Nikmat syurga pun, bukan sebarangan. Dapat bidadari syurga , jelita bukan main. Itu tak kira lagi bab makan minum, tidur baring, muda sokmo, tak de kencing berak dan macam-macam lagi. Pendek kata, memang tak kan terjangkau dek akal kita ni! Tak tau la nak kata macam mana! Memang nikmat sangat-sangat!
Haa, kalau orang tak tahu atau tahu tapi tak yakin pada kelebihan bulan Ramadhan, macam-macam ragam pulak hadapi Ramadhan ni. Ada yang rasa biasa-biasa aje(urm, setakat puasa penuh dan solat tarawikh cukuplah).Ada pulak yang mencari-cari alasan. Masa nak masuk bulan Ramadhan, cari alasan tak nak puasa..a’udzubillah min zalik..orang lain semua gembira sebab penghulu segala bulan nak datang bertandang ziarah, ‘dia’ resah bukan main. Tapi, time nak masuk bulan syawal, ‘dia’ insan paling seronok. 10 malam terakhir, orang sibuk nak cari lailatul qadar, ‘dia’ sibuk nak cari langsir baru, buat macam-macam kuih raya, dan macam-macam lagi..pendek kata, macam-macam ada.. Nak beraya.. mesti ceria..tak gitu? Padahal, ramai orang sedih pada malam raya, takut-takut dah tak sempat jumpa Ramadhan akan datang..rabbi yahdiinaa..
DAH TAU RAMADHAN DAH DEKAT, DUDUK RILEKS-RILEKS AJE KE?
Haa..ni lagi satu penyakit. Kalau dah tau ramadhan tu dah dekat, kenapa aku masih rileks?(ops, terkena kat diri sendiri pulak). Ramadhan tu bukan masa untuk baru nak menanam, tapi masa untuk menuai hasil.
Kalau dah tau ramadhan tu masa untuk menuai, kenapa yang masih tak biasakan diri bangun di tengah malam? Kenapa masih tak biasakan diri baca quran 1 juzuk satu hari? Kenapa masih tak biasakan diri dengan tinggalkan mengumpat, kutuk-kutuk? Kenapa masih tak bina kekuatan fizikal dan rohani betul-betul, supaya dapat betul-betul beribadat? Kenapa masih tak de usaha tingkatkan ibadah? Kenapa masih leka dengan movie, dengan game? Kenapa masih biasa dengan kelalaian dan maksiat?
Bukan apa, takut-takut nanti, bila dah masuk bulan Ramadhan, baru nak ber’tatih’ baca quran satu juzuk..baru nak ber’tatih’ bangun malam...baru nak try ‘curang’ kepada movie dan game, yang sudah sekian lama jadi ‘isteri pertama’,(ye la.. bukan senang nak tinggalkan ‘belaian kasih mereka tu’,kan?)..bukan senang nak terus istiqamah baca quran, bangun malam, tingkatkan ibadah yang lain-lain, tinggalkan maksiat dan kelalaian dalam masa yang sekejap, kalau tak latih betul-betul. Kalau dapat ‘berjalan terus’ tak pe, takut-takut nanti, ‘jatuh’ dan tak bangun-bangun! Campur dengan rasa puas, lapar,bosan, cuaca panas, tensen bergaduh dengan arab, kerja-kerja rumah yang bertimbun, karenah manja adik-beradik yang mencabar, tensen itu ini, dapat ke nak istiqamah buat ibadat tu? Ibadat bukan satu benda yang selari dengan nafsu kita!
TAQWA TU MATLAMAT PUASA, TAPI…..
Semua orang baca quran, jadi, confirm semua orang tau, matlamat puasa untuk tingkatkan taqwa.
Allah berfirman yang bermaksud: “Hai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertaqwa.” (Al-Baqarah:183)
Saya pun pelik, sudah lama saya berpuasa. Sejak dari baligh dulu lagi, tapi darjat taqwa tu macam sama je. Tak de plak rasa meningkat dari tahun ke tahun, selepas habis je bulan puasa tiap-tiap tahun.(ops, terkena kat diri sendiri lagik!) Astghfirullah….
Hurm, teringat pulak isi kitab taqwa, karangan Dr Muhamad Zuhaili. Antara cara untuk mencapai taqwa adalah buat apa yang Allah suruh dan tinggal apa yang Allah larang.
Tak kan bila masuk je bulan ramadhan,automatically, semua orang jadi macam wali-wali belaka. IMPOSSIBLE. Kita bukannya robot, boleh nak reset system gitu-gitu, kan? Manusia perlukan LATIHAN YANG BERTERUSAN untuk berubah.
LET’S SET UP!
Set kan matlamatku TAQWA. Ramadhan tempat memetik hasil yang sudah tersedia pada pokok-pokok ibadah di dalam ladang Ramadhan. Hanya orang yang ada ‘galah’ saje yang boleh petik.
Haa..masih ada beberapa hari lagi ni untuk siapkan ‘galah’ masing-masing. Semakin canggih ‘galah’, semakin banyak la ‘buah’ yang boleh dipetik. Kalau galah pun rapuh je,macam nak patah, tak merasa la ‘buah-buah’ tu jawabnya..telan air liur sendiri je la…
Ayuh, persiapkan diri untuk Ramadhan. Jangan lupa ajak kawan-kawan tu sekali, ye? Rajin-rajinkan diri baca kelebihan Ramadhan, baru la semangat pun macam nak meletup!
Penat-penat usaha untuk ibadah, korbankan nafsu tu sekejap je..paling lama pun, 100 tahun ke atas. tapi, nikmat kat syurga tu selama-selamanya. Tapi, kalau kena bakar bertahun-tahun la jawabnya. So, use our bright brain! Nak berseronok sekejap je kat dunia ni, atau nak berseronok selama-lamanya kat akhirat? Tepuk dada, tanya selera (err..terkulat-kulat gak nak menjawabnya, tak gitu?)
“nak tingkatkan iman.. nak kenal syari’at.. nak buat ibadat..” pelajar2 kesayangan us razi bingkas menjawab.
Hari itu, kami membincangkan tentang tujuan kita menuntut ilmu.
“hurm..tujuan sebenar kita menuntut ilmu adalah mengenal Allah,” jelas beliau tersenyum.
Semua orang khusyuk mendengar kalam2 mutiara seterusnya dari beliau.
Allah ciptakan alam sekitar untuk berbakti kepada manusia, dan manusia pula diciptakan untuk menyembah, mengabdikan diri kepada Allah. Oleh itu, manusia mesti menggunakan seluruh alam sekelilingnya, dengan apa cara sekalipun untuk mengenal dan mengabdikan diri kepada Allah.
TANDA2 KEKUASAAN ALLAH
“ulama’ membahagikan tanda2 kekuasaan, ciptaan alam seluruhnya kepada 3 perkara;
pertama; tanda kejadian seperti pokok, laut dan sebagainya
kedua: tanda2 sifat kepada kejadian seperti sifat kepada laut adalah ombak.
Ketiga : tanda tulisan seperti Al-Quran dan Al-Hadis.”
“manusia mesti menggunakan seluruh tanda2 tersebut untuk mengenali Allah dengan apa cara sekalipun,” sambungnya lagi, sambil merenung mata kami satu persatu.
Tanda pertama dan yang ke dua adalah sunnatullah manakala tanda yang ketiga pula adalah syaria’atullah.
Nak mengenal Allah bukan sahaja diperolehi dengan mengkaji syaria’atullah, bahkan mengkaji alam dan sifat2nya(sunnatullah) juga dapat membawa pengkaji kepada mengenal Allah, lantas menguatkan iman dan membuahkan taqwa.
Firman Allah yang bermaksud,
“Sesungguhnya yang takut kepada Allah di antara hamba-hamba-Nya, hanyalah ulama’’(surah Fathir:28)
AGAMAWAN DAN DOKTOR
TAQWA itu milik sesiapa. Bukan milik mutlak seorang ustaz dan agamawan.
Bahkan ustaz yang tidak beramal dengan ilmunya, mengkhianati ilmunya lebih teruk dari seorang doktor yang berilmu agama sedikit, tapi bersungguh2 menjaga agamaNya!
“Saya terangkan kat antum semua benda ni, sebab saya tak nak dengar nanti orang kata, ‘alaa… bolehlah dia tu ustaz, kami ni doktor.. memanglah susah kami nak kenal Allah’. Tapi, antum semua kena ingat, walau sesiapa pun kita, ilmu apa pun yang kita ambik, bidang apa pun yang kita sedang terokai, semua ilmu itu mesti membawa antum kepada Allah, jika betul jalan dan cara antum belajar,” tegas ustaz razi.
Kita semua berasal dari ruh Allah, dan Allah mesti menjadikan sesuatu yang dapat menghubungkan kita denganNya. Alam2 sekelilinglah yang mesti dimanfaatkan dan dijadikan alat untuk mengenal Allah, untuk melahirkan sifat kehinaan dan kehambaan yang mencetuskan kemanisan iman dalam ibadat kita kepadaNya.
JALAN UNTUK MENCAPAI MA’RIFATULLAH
“ustaz,habis tu kenapa kami susah sangat nak kenal Allah, tingkatkan Iman kami dengan kami belajar medik?” seorang sahabatku bertanya.
“betul tu ustaz, saya dah cuba dah relatekan dengan semua kejadian Allah, yang saya belajar dalam ilmu medik ni, tapi susah betul nak rasa zuuq, rasa takut kat Allah,” sampuk seorang lagi, menjelaskan persoalan.
“memang la kalau antum buat sekali dua, tak rasa apa2.. cuba buat banyak kali. Buat lagi dan lagi, berterusan. Insya Allah, Allah tak akan sia2kan. Antum akan dapat zuuq tu.”
Apabila mengaitkan alam yang dipelajari dengan kuasa Sang Maha Pencipta, terasa diri ini begitu kerdil. Daripada situlah, diri ini akan sentiasa muhasabah atas segala musibah yang menimpa. ‘sunnatullah’ pada muasahabah itu akan dikaitkan dengan syariatullah, mengenangkan dosa2 yang telah dilakukan, kemalasan dalam ibadat, kelalaian dalam melaksanakan segala perintaNya menyebabkan musibah itu datang menimpa.
AMALKAN YANG INI
“ha.. ana nak kongsi satu benda yang ana buat kat antum,” us razi berkongsi pengalamannya dalam tasawuf.
“antum duduk diam2..antum sebut laa ilaaha illallah kuat2. Masa sebut laa ilaaha tu, buang semua yang kat dalam hati tu, buang semua! Palingkan muka ke sebelah kanan! Kemudian, masa sebut, illallah tu, tujukan muka antum kat jantung antum, sebelah kiri la. Buat ulang2 kali, sampai hati tu, betul2 kosong dari yang lain.
BIla dah capai tahap tu, antum pejam mata, tarik nafas dalam2 dan tahan nafas kat perut. Masa tengah tahan nafas tu, sebut Allah berulang2 kali. Sebut lagi dan lagi. Bila dah rasa nafas dah habis, hembus, kemudian buat lagi. Ulang lagi! Ulang lagi! Sampai satu tahap nanti, antum dah tak perlu lagi sebut nama Allah kat mulut, antum akan rasa degupan jantung antum akan berfegup dengan kalimah Allah! Allah! Allah! Bila antum dah rasa nak berhenti, jangan terus minum air, kerana minuman itu akan hilangkan zuuq yang antum dapat tadi tu. Antum akan sesak nafas bila antum dah selesai buat semua tu. Kalau antum rasa sakit kepala buat macam tu, biasa la tu, first time. Lama2 nanti, biasa la, insya Allah.
Kalau antum amalkan yang ini, jangan pelik kalau antum tiba2 menjerit nama Allah kuat2. Antum akan rasa……. Entah la, ana pun tak tau nak cakap macam mana,” us razi menutup pelajarannya pada hari itu, bersemangat!
Arg! Sakitnya kepala! Sakitnya hati, bila membaca blog2 yang cuba nak menunjuk pandai! Aku betul2terbakar apabila membaca media yang sibuk melaga2kan dua orang tuk guru yang ku sayangi sepenuh hati ini.
DIAM ITU LEBIH BAIK
Kenapa orang sibuk nak memberikan pelbagai pendapat tentang kerajaan perpaduan? Bukankah muktamar hari tu menyeru agar isu ini didiamkan? Kenapa masih ada pihak cuba menerangkan unity government sedangkan ia masih belum dijelaskan secara jelas oleh para pimpinan.
Sedarkah kita yang kita sedang mengupas benda yang kurang jelas,yang masih kabur dan kupasan kita itu yang membawa kepada perpecahan, kepeningan dan kecelaruan pemikiran?
Islam adalah agama yang fleksibel dan sesuai dengan setiap zaman dan kawasan, selain agama yang sangat memuliakan aqal.
Lantaran itu, Islam membenarkan umatnya yang memahami ilmu2 Islam untuk berijtihad. Tujuan berijtihad adalah untuk memudah dan mempraktikalkan hukum2 Islam, dalam bahasa yang lain, menterjemahkan Islam dalam quran dan kitab, kedalam kehidupan untuk diamalkan oleh penganutnya.
Orang yang tidak faqih diseru untuk berdiam diri dan mengambil mana2 pendapat yang dia tenang dengan dirinya, tanpa DIKRIKTIK dan DIKUTUK golongan yang tidak mahu mengamalkan pendapat yang dipegang. Pokoknya, jangan TA’ASUB kepada sesuatu pendapat. Ingat, TA’ASUB ITU MEROSAKKAN!
Saya yakin, tiada sesiapa pun yang memahami kerajaan perpaduan selain dari tuan presiden. Kenapa? Sebab memang beliau tidak pernah menerangkan isu ini dengan sejelas2nya untuk dilaksanakan diperingkat negara! Jadi, bukankah lebih baik kalau kalian semua BERDIAM DIRI? kenapa nak melaga2kan?
Atau adakah kita suka kalau PAS berpecah belah?
Atau ada antara kita yang nak menguasai PAS? Kerana PAS bakal memerintah negara?
MEMULIAKAN AQAL
“Islam agama yang memuliakan aqal.” Seorang ‘critism’ berhujah.
“Tengok dan kaji la ayat quran. Banyak sangat ayat yang menempelak golongan yang tidak mahu berfikir!” ‘dia’ menguatkan hujahnya.
Ya,memang tidak dinafikan, Islam agama yang memuliakan aqal. Tapi, adakah kita juga beriktiqad bahawa Islam adalah agama yang membenarkan perpecahan?
Yup, islam menempelak golongan yang tidak mahu berfikir. So, adakah kita beranggapan, tak perlu wala’ kepada pimpinan, kerana ia tidak memuliakan aqal? Adakah kita juga beriktiqad Islam adalah agama yang tidak mementingkan kesatuan?
Bukankah perkara utama yang Nabi Muhammad buat di Madinah adalah persaudaraan demi sebuah kesatuan? Dan golongan munafiq cuba menghancurkannya?
HAD DAN SEMPADAN
semua orang mengakui, Islam adalah agama yang membuka, tapi masih ada sempadannya. Allah Maha Penyayang, dan Allah juga Maha ‘Samseng’! Bahkan, kita perlu kepada raja’, tanpa di'anak tiri'kan perasaan khauf.
indahnya, saling melengkapi….
Anak yang diberikan kebebasan sepenuhnya, akan menjadi seperti Anakku Sazali.
Manusia yang diberikan kebebasan sepenuhnya, akan hancur musnah.
Kalau betul manusia patut diberikan kebebasan sepenuhnya, kenapa undang2 diciptakan? Bukankah undang2 tu diciptakan untuk mengawal manusia?
Suruhan untuk berfikir, mesti juga ada had dan sempadan. Berfikir tentang hakikat Allah sangat2 ditegah agama, lantaran ketidakmampuan akal kearahnya.
Berfikir, lalu melontarkan idea yang mengundang kekeliruan dan menimbulkan perpecahan bakal menempa balasan dariNya. bukankah lebih baik jika berdiam diri, dan tidak mencetuskan sebuah perpecahan?
yup, mungkin kita sangat2 menyayangi jemaah Islam ini, tidak mahu ia rosak dan musnah.. tapi, harus diingat, tanpa disedari, kadang2 terlalu menyayangi tanpa cara yang betul juga akan merosakkan!
BUKAN sukar untuk menghadiahkan senyuman tetapi kita sendiri menyukarkan senyuman itu terpamer di wajah. Hati mana tidak tenang apabila sedang dalam kekusutan, masih lagi boleh tersenyum kepada rakan.
Senyuman itu adalah ciptaan indah Allah SWT, malah senyuman juga adalah kuntuman indah yang sentiasa dipersembahkan Rasulullah SAW, manusia sempurna yang patut diteladani segala sifat, sikap dan tingkah lakunya.
Ada beberapa hal menarik pada diri Baginda SAW yang jarang diungk
apkan ramai iaitu mengenai senyumnya. Sepintas lalu, hal itu mungkin nampak kecil dan tidak bererti tetapi apabila dikaji, sebenarnya senyuman Rasulullah SAW memberi impak positif yang sungguh luar biasa.
Hikmahnya, banyak kejayaan Rasulullah SAW dalam misinya sebagai penyebar risalah tauhid disebabkan oleh senyuman dan keramahan Baginda. Disebabkan itu, Rasulullah SAW dapat mempengaruhi orang ramai sehinggakan Baginda dicintai dan disegani kawan, juga lawan.
Sahabat adalah saksi kehidupan Rasulullah SAW yang penuh dengan senyuman. Antara sahabat besar yang pernah menceritakan betapa indahnya senyuman Rasulullah SAW ialah Saidina Umar.
Kata Saidina Umar, “Rasulullah SAW tersenyum dan Baginda adalah orang yang paling bagus giginya.” (Hadis diriwayatkan Ibnu Hibban)
Seorang lagi sahabat Rasulullah SAW, Abdullah bin Al-Harist menyatakan, “Tidak pernah aku melihat seseorang yang lebih banyak tersenyum daripada Rasulullah S
AW.” (Hadis riwayat At-Tirmizi)
Cucu kesayangan Baginda SAW, Saidina Husein juga ada menggambarkan bagaimana sikap Rasulullah mana direkodkan oleh Imam At-Tirmizi, beliau berkata, “Aku bertanya kepada ayahku (Saidina Ali) mengenai adab dan etika Rasulullah SAW terhadap orang yang bergaul dengan Baginda. Ayahku mengatakan: Baginda senantiasa tersenyum, budi pekerti lagi rendah hati, Baginda bukanlah seorang yang kasar, tidak suka berteriak-teriak, bukan tukang cela, tidak suka mencela makanan yang tidak disukainya. Siapa saja mengharapkan pasti tidak akan kecewa dan siapa saja yang memenuhi undangannya pasti akan sentiasa puas.”
baby pun lebih comel kalau tersenyum
Rasulullah SAW walaupun dalam keadaan marah, tetap mempamerkan senyumann
ya hatta kepada orang yang tidak disukai. Perkara itu pernah direkodkan Imam Bukhari disebutkan bahawa Saiditina Aisyah berkata: “Ada seorang lelaki yang meminta izin untuk bertemu dengan Rasulullah SAW. Ketika Baginda melihat orang itu dari jauh, maka Baginda bersabda: Dia adalah seburuk-buruk saudara dan anak dalam kerabat. Namun ketika orang (Uyainah) itu sudah duduk, Baginda memberikan senyuman di wajah dan menerima dengan baik hati kedatangan orang itu. Ketika orang itu sudah pergi, Aisyah berkata kepada Rasulullah SAW: Wahai Rasulullah, ketika kau melihat orang itu tadi dari jauh engkau berkata begini dan begitu. Tapi kemudian engkau berwajah ceria setelah berada di hadapannya dan menerima kedatangannya dengan baik hati. Kemudian Rasulullah bersabda: Wahai Aisyah, bilakah engkau melihatku berbuat tidak baik?”
Imam al-Khataby ketika mensyarahkan hadis itu berkata, “Hadis ini dilihat dari sudut adab dan ilmu. Ucapan Rasulullah SAW mengenai diri Uyainah sesuatu gambaran yang tidak disukainya secara jelas disebut Ghibah.
Ghibah berlaku di antara sebahagian orang dari umat Islam terhadap sebahagian yang lain. Namun, perlakuan Baginda adalah menjelaskan dan mengungkapkannya dalam bentuk nasihat dan kasih sayang terhadap umatnya. Kerana Baginda sudah dianugerahi sifat kemurahan hati dan akhlak yang baik, maka Baginda memperlihatkan wajah berseri dan tidak menghadapi kesukaran berhadapan orang tidak disukainya. Baginda bertindak sebegitu supaya umat Islam meniru perbuatan Baginda, supaya dapat dihindari keburukan yang boleh menimpa umatnya dan mereka boleh selamat daripada kejahatan dan tipu daya.
Begitu indah akhlak Rasulullah SAW, walaupun seseorang itu tidak disukai, Baginda tetap mempamerkan senyuman dan menyambut kedatangan Uyainah dengan ceria.
Sebagai umatnya yang mengaku bahawa Baginda adalah sebaik-baik manusia dan seorang nabi dan rasul, tidakkah kita malu kerana tidak mengikut perbuatan Baginda yang sentiasa menghadiahkan senyuman kepada orang ramai. Sesungguhnya beruntunglah mereka yang mengikuti perbuatan Rasulullah kerana harga senyuman tidak ternilai dengan wang ringgit.
Ketegasan Baginda juga dapat dilihat dalam hadis diriwayatkan Imam Bukhari dan Muslim mengenai wanita dari kabilah Makhzumiyah yang mencuri. Kaum Quraisy bingung dengan permasalahan itu kerana mereka tahu hukuman pencuri mengikut undang-undang Islam ialah dipotong tangan (mengikut syarat ditetapkan).
Mereka bertanyakan kepada sesiapa yang berani berjumpa Rasulullah SAW memohon melepaskan wanita itu. Usamah disarankan bertemu Rasulullah SAW kerana Rasulullah menyayangi Usamah. Maka Usamah pergi dan berbicara kepada Rasulullah SAW untuk minta pembelaan atas wanita itu.
Kemudian Rasulullah SAW bersabda: “Jadi kamu ingin memohon syafaat (pembelaan) terhadap salah satu dari hukum Allah? Setelah mengucapkan ayat itu, Baginda berdiri dan berkhutbah: “Wahai manusia! Sesungguhnya yang menyebabkan binasanya umat sebelum kalian ialah apabila mereka mendapati ada orang mulia yang mencuri, mereka membiarkannya. Tetapi apabila mereka mendapati orang lemah di antara mereka yang mencuri, mereka akan menjatuhkan hukuman kepadanya. Demi Allah! Jika Fatimah binti Muhammad yang mencuri, nescaya aku akan memotong tangannya”.
Oleh itu, marilah kita menjadikan senyuman dan ketegasan Rasulullah SAW sebagai panduan dan pada masa sama menilai hikmah di sebaliknya. Senyumlah, kerana senyuman tidak pernah mengurangkan rezeki sesiapa, malah dengan senyuman hati berasa tenang dan sentiasa disenangi orang lain. Sementara bertegaslah dalam keadaan perlu supaya agama tidak diperkotak-katikkan.
Saya berfikir, alangkah bagusnya jika kerajaan Malaysia atau mana2 pihak yang berautoriti dapat mengusulkan kepada PBB untuk meminta setiap negara2 yang hebat dalam sistem pendidikan mereka membentangkan kepada dunia, sama ada menulis jurnal, membuat kongres atau sebagainya, menceritakan sistem pendidikan yang diamalkan di negara masing2! Bermula dari sistem prasekolah, hinggalah keperingkat universiti dan sebagainya. Peranan PBB yang diharapkan dapat memajukan negara yang kurang membangun diharapkan dapat menekankan sistem pendidikan untuk kemajuan negara masing-masing.
Atau…
Mana2 indvidu atau pihak yang berautoriti mengkaji secara serius sistem pendidikan di negara2 membangun. Mugkin boleh ditubuhkan skuad khusus untuk pengkajian ini. ada yang mengkaji pendidikan di rumah, pendidikan prasekolah dan seterusnya. Pemerhatian ,penilaian dan cadangan sistem pendidikan yang meyakinkan dicadangkan kepada kerajaan untuk dibahas dan dilaksanakan. BUANGKAN semua prejudis parti politik, fikirkan kemajuan sistem pendidikan negara! Pihak2 ini boleh merujuk kepada pengasas tadika Khalifah, mempelajari cara beliau dan isteri laksankan semasa mengkaji sistem tadika di setiap negara.
Atau….
Mana2 individu atau keluarga yang menetap di luar negara, di negara2 maju, mengkaji sistem pendidikan di negara2 yang diduduki. Kesedaran kearah sikap ini mesti dipupuk kepada mana2 keluarga atau individu yang menetap di luar negara kerana pekerjaan atau menyambung pengajian. Ini kerana, oleh sebab saya ada ramai kawan2 yang pernah belajar di tadika di luar negara, menceritakan pengalaman mereka belajar di sana, saya berasa cemburu dan pelik, KENAPA MALAYSIA JUGA TIDAK MEMPRAKTIKKAN PERKARA YANG SAMA?
Jadi, KELEBIHAN dan PELUANG keberadaan orang2 Malaysia di luar negara harus diambil manfaat sepenuhnya untuk mengkaji sistem pendidikan di negara masing2, dan dicadangkan kepada kerajaan malasysia.
Dan..
Kerajaan mesti menyediakan satu badan bertindak untuk mengkaji kepincangan sistem pendidikan pada hari ini. kesusuaian tahap umur dan tempat dalam menerima sukatan pelajaran yang ditetapkan, kesediaan dan kemampuan guru2 dalam mengajar dan mendidik pelajar dan sistem peperiksaan yang BUKAN melahirkan ROBOT yang kaku dan tidak mampu menyelesaikan permasalahan massa yang kian mencabar dan unik!
Badan ni juga akan menerima laporan kajian yang dibuat oleh mana2 pihak dan individu. Oleh sebab Malaysia terlalu kuat dipengaruhi politik kepartian, saya amat mengharapkan SEGALA PREJUDIS atau KETA’ASUBAN kepada mana2 parti politik mestilah dijauhi dalam memajukan sistem pendidikan negara!
Kajian ini pula, bukan bermakna kerajaan perlu membuat satu perubahan yang drastik! Tindakan ke arah pelaksanaan itu juga perlu dikaji dan ditanya pendapat pakar2 pendidikan di dalam diluar negara. Saya sudah tidak mahu lagi melihat DASAR PENDIDIKAN yang dibuat secara SEMBORONO , tanpa pengkajian yang MENDALAM! Tidak perlu saya memberi contoh, kerana semua orang boleh tengok dan menilai sendiri.
PENUTUP
Sistem pendidikan adalah sangat penting kerana pendidikan lah yang menjadi penentu kepada JATUH dan BANGUNNYA sesebuah negara. Hal ini mesti dipandang serius oleh pihak kerajaan, supaya tidak mengubah sesuatu dasar sesuka hati mereka. Saya tegaskan lagi sekali, BUANGKAN SEGALA PREJUDIS KEPARTIAN dalam membincang dan mengkaji kearah kemajuan sistem pendidikan negara.
Masa aku upsr dulu, aku nak dapat 5A sebab aku nak masuk sekolah2 hebat. Tapi, gagal sebab aku tak dapat 5A, aku dapat 4A 1 B..
masa tu, aku perasan jugak, aku tengok kawan2 aku.. mana2 yang dapat result gempak2, confirm, mesti nak hantar ke sekolah power2! Macam MRSM dan sebagainya..jarang pulak, aku tengok family yang nak hantar anak dia ke sekolah agama, apatah lagi pondok. Seolah2, belajar agama ni, bukan penting sangat. kalau dah dapat masuk sekolah power2, tak de harapan nak jadi doktor, tak de harapan nak jadi engineer, baru hantar anak ke sekolah agama.. kalau peringkat unversiti plak, yang dapat pointer rendah2 ni, masuk bidang pengurusan, sejarah, peradaban dan sebagainya..senang sangat kah bidang pengurusan ni? Kecil sangat kah cabaran dibidang tersebut di alam reality(semasa alam pekerjaan)?
aku teringat kata senior aku,”sekarang ni, jarang orang yang berIQ tinggi nak ambil, mendalami bidang agama..yang berIQ tinggi ni, lebih gemar nak ceburi bidang lain yang kelihatan gah dan menghasilkan pulangan yang lumayan.”
RISAU
Aku risau, apabila agama diambil, diterokai oleh orang2 yang seperti ini,(tanpa menafikan ada orang yang berIQ tinggi mendalam bidang agama).. kerana agama ini adalah sistem kehidupan yang mengatur kehidupan manusia. Jadi, sekiranya agamawan sendiri tidak mampu membaca politik semasa, menilai dengan ilmu agama , untuk menterjemahkan ilmu2 dalam kitab kea lam reality, saya sangat merisaukan AGAMA DIFIKIRKAN SUDAH TIDAK RELEVAN KERANA TIDAK MAMPU MENJAWAB PERSOALAN SEMASA DAN MENGATUR KEHIDUPAN MASYARAKAT. Sedangkan, Islam itu,adalah satu sistem yang memang lengkap dan sempurna, namun perkara2 teknikal untuk menterjamhkan Islam sebagai Ad-Din itu perlu kepada pemikir2 Islam yang menguasai ilmu2 Islam dengan kefahaman yang jelas dan sahih! Apatah lagi, jika kita mahu mengubah sistem kapitalisme, dan mana2 lagi sistem barat yang telah mendarah daging dalam minda masyarakat kita pada hari ini, sangat susah untuk diyakini oleh masyarakat, sekiranya sistem alternative Islam itu dihidangkan kepada masyarakat dalam keadaan yang tidak meyakinkan mereka.
Begitu juga, dalam bidang pengurusan dan pendidikan(melahirkan guru). Ramai orang mengejar untuk menjadi doktor dan seumpamanya, tapi sedarkah kita, PENGURUSAN dalam pentadbiran, PENGURUSAN dalam mencapai kemajuan ekonomi, perubatan dan sebagainya juga tidak kurang pentingnya. Jika negara hanya mampu melahirkan ramai dokor dan seumpamanya, tapi GAGAL melahirkan manusia yang pandai MENGURUS, MEMBACA REALITI MASYARAKAT, saya amat takutkan jika negara kita tidak mampu menampung kebanjiran doktor dan seumpamanya, tidak membawa negara ke arah kemajuan! Lantaran mereka tidak diurus secara bijaksana.
Begitu juga dalam sistem pendidikan, sistem perguruan seolah2 tidak begitu diambil berat oleh kerajaan. Kita sendiri melihat banyak isu negara yang melibatkan perguruan ini. adakah disana, disediakan guru yang betul2 mampu menempuh cabaran semasa yang lebih mencabar dalam mendidik pelajar yang bukan macam pelajar pada zaman 80-an dahulu? Adakah disana, diberikan motivasi yang bersungguh2 kepada guru2, kepentingan pendidikan kepada negara, kesungguhan guru2 yang bukan sahaja hendak melahirkan pelajar yang BANYAK ‘A’ tapi juga mampu menempuh cabaran semasa dan menyelesaikan masalah2 masyarakat semasa yang tidak ada dalam silibus mereka?
PELIK
Aku pelik, kenapa kita tidak meniru sistem pendidikan di negara2 maju seperti UK dan sebagainya? Baru2 ni, aku berkenalan dengan pengasas Khalifah(tadika) yang begitu hebat dan berkesan dengan sistem tadikanya. Aku bertanya, idea dan cara beliau berjaya mengasaskan sistem tadika yang begitu hebat ini. beliau menceritakan kepadaku, macam mana kesungguhan beliau dan isteri merantau ke negara2 maju, dan melihat serta mengkaji sistem2 pendidikan tadika di negara2 tersebut. Lalu, mereka menganalisa dan merangka sistem pendidikan tadika (Khalifah) seperti yang ada pada hari ini.
Kalau mereka, selaku individu berjaya membuat perkara tersebut untuk sistem pendidikan pra sekolah(tadika), kenapa kerajaan, atau mana2 NGO , parti2 politik, jemaah Islam yang mempunyai kekuatan tersendiri tidak membuat perkara yang sama? Adakah PENDIDIKAN dipandang remeh oleh masyarakat kita? adakah ekonomi dan politik lebih penting dari pendidikan?
Sistem pendidikan kita pun macam pelik! Tidak melihat kepada keupayaan dan kebolehan seseorang pelajar. Orang yang pakar dalam matematik, adakah diberikan pendedahan kepada mereka untuk mengambil bidang engineer yang lebih sesuai dengan jiwa mereka? Orang yang minat menghafal dan menganalisa, adakah disuntik semangat mereka untuk menceburi bidang agama, sejarah dan pengurusan? Sebab, saya ada ramai kawan2, yang saya melihat kehebatan mereka dalam matematik. Tapi,oleh sebab tersalah memilih bidang, mereka gagal menunjukkan prestasi yang memberangsangkan dalam bidang itu. Bahkan, ada yang gagal dalam bidang itu! Dan, mereka menujukkan prestasi yang memberangsangkan apabila mereka mengambil bidang engineer, selepas mereka di’tendang’ dari bidang yang asal!
Aku pelik, adakah terdapat silibus dalam pendidikan perguruan yang mengajar guru cara untuk men’detect’ kecenderungan pelajar2 beliau dalam bidang tertentu, terutamanya pelajar SPM. Kerana, kadang2, pelajar2 tersebut kurang matang untuk memilih bidang yang amat sesuai untuk mereka. Bahkan faktor persekitaran, ibu bapa dan keluarga amat mempengaruhi mereka dalam memilih bidang seterusnya. Sekiranya guru mampu memberikan pandangan yang bernas, berdasarkan pemerhatian mereka, pelajar berkenaan akan berfikir dengan lebih mendalam dan membuat pilihan yang tepat dengan diri mereka!
“ok murid2, ari ni, saya nak sume org citer apa citer2 dia bila besar nanti,”guru bahasa melayu masa aku darjah satu, memulakan kelas pada hari itu..
Zaman masa tu, bomba macam hebat je.. so, aku kata, "saya nak jadi bomba, cikgu!"
Masa aku darjah 3 plak,(kalau tak silap),ummi abah suka bawa kami adik beradik, dengar kuliah tuk gur haji hadi kat masjid rusila..best betul, kat sana, banyak pasar2, jual baju, jual makanan dan macam2 lagi..macam pasar malam la plak..masa tu, aku budak2,aku tak dengar sangat kuliah tuk guru, aku follow pak cik2 aku(bapa saudara), umur pun tak jauh sangat beza ngan aku, gi jalan2 kat pasar..makan2, borak2..bila kuliah dah habis, aku gi jupe abah. Then ,abah pun belanja makan kat kedai..haa…bab ni la yg paling aku suka..pandai betul abah aku pancing kami adik beradik..
Sebab tu, masa darjah 3, aku bercita2 nak jadi ustaz..aku mula membaca buku..aku suka tengok tuk guru haji hadi berceramah, apatah lagi Mat Sabu! Meronta2 jiwa aku nak berceramah macam tuk guru!aku ambik buku yg ummi abah belajar ngan tuk guru haji hadi, aku baca kuat2, haa..baru ada rasa macam penceramah..kadang2, aku baca dalam van kuat2.sampai peluh2!
Tapi, bila masuk darjah 6, aku mula risau tentang cita2 aku..kalau nak jadi ustaz, mesti kena mengajar..tapi, aku ada masalah lain plak..kalau tak silap, ummi pernah cakap kat aku, “ummi nak angah jadi doktor perubatan muslim.” Besarnya harapan ummi kat anak dia sorang ni.. tapi, kalau dah jadi doktor, tak boleh la nak jadi ulama’. persoalan ni membelenggu fikiran aku..
Akhirnya, lepas SPM, lepas istikharah dan pandangan2 manusia sekeliling, aku ambik keputusan nak sambung medik kat mesir..aku tak sangka, persoalan aku masa kecik2 dulu, “kalau dah jadi doktor, tak boleh la nak jadi ulama’ “ terjawab di bumi mesir ni. Memang lama aku cari jawapan ni, sejak dari tahun 1, bertanyakan ustaz2..namun, aku masih belum bertemu dengan jawapan yg memuaskan hati.. sehinggalah, aku terbaca blog us nik abduh, yang aku rakamkan dibawah, sebagai peringatan dan jawapan buat diriku..penerangan beliau memang sangat2 memuaskan hati aku…syukran ustaz.
ULAMA' TAK SEMESTINYA PELAJAR BIDANG AGAMA SAHAJA, AMBIK BIDANG MEDIK DAN APA2 BIDANG PUN BOLEH MENJADI ULAMA' APA YANG PENTING ADALAH TAQWA!.
mari saya bimbing anda kepada sesuatu yang lebih ke puncak.
Banyak – banyak ilmu, ilmu manakah yang terbaik dan terpilih?
Banyak – banyak ilmu, ilmu manakah merupakan kurniaanNya yang teragung?
Jawabannya adalah ilmu wahyu. Kenapa? Sebabnya ilmu wahyu adalah lebih cepat kepada taqwa. Ia lebih cepat menuju Allah dan mengenaliNya.
Justeru para nabi dikurniai ilmu wahyu. Ia milik nabi tanpa kongsi. Ilmu wahyu mesti daripada nabi. Kemudian ia dipindah milik kepada manusia yang dipilihNya untuk memperolehi kurniaan agungNya. Lihat asy Syura:52.
Nabi sallallaahu alaihi wasallam bersabda dalam hadis Sahih: ”Barang siapa yang dikehendaki Allah dengan kebaikan (yang banyak dan agung), pasti Allah menjadikannya faqih dalam ugama.” Agama adalah wahyu.
Ilmu wahyu, nabilah juara di depan. Ilmu aqli, tak semestinya nabi menjuarai. Kerana itu nabi bersabda, “Kamu lebih tahu perihal urusan duniawi kamu,” saat para sahabat mengadu kebun tamar yang kurang mengeluarkan hasil apabila cadangan awal nabi dipraktiskan.
Justeru anda akan menemui seorang miskin buta huruf di pedalaman jauh yang menangis di tengah malam kerana takutkan tuhannya. Dia tiada memiliki selain secubit ilmu wahyu yang diajar oleh guru ugama lepasan pondok ( yang tiada memiliki ilmu duniawi rasmi ) yang telah memperkenalkannya dengan tuhannya.
Tetapi anda boleh melihat seorang profesor di menara gading yang bertambunan sijil – sijil ilmu aqlinya, hari – hari kerjanya adalah menentang Allah dan rasulNya! Dia memiliki segalanya kecuali ilmu wahyu!
Setitik ilmu wahyu mungkin saja mencipta taqwa. Seluas lautan ilmu aqli pula tak mungkin mencipta taqwa kecuali selepas dititikkan dengan ilmu wahyu.
Ilmu naqli ( wahyu ) tidak memerlukan ilmu aqli sedang ilmu aqli memerlukan ilmu naqli untuk menuju tuhan.
Ilmu aqli membimbing anda mengenali wujud tuhan yang satu. Ilmu naqli menyudahkannya dengan berkata, yang satu itu adalahAllah!
*******
Mari membaca dan memahami sebahagian surah Fathir yang menjadi rujukan perihal ilmu,ulama dan taqwa.
Ayat 27 dan 28, Allah mengarahkan kita mengkaji dan memerah akal untuk memahami kemukjizatan alam semesta ciptaanNya. Hasilnya adalah ilmu yang mencetus taqwa! ” Sesungguhnya hanya yang takut pada Allah adalah ulama ( ilmuan ).”
Tetapi perhatikan awal ayat, “Tidakkah kamu lihat bahawa Allah…” Taqwa hanya terhasil apabila si pengkaji itu terlebih dahulu mengenal Allah. Jika tidak, dia pasti dalam kebingungan dan kehairanan sendirian tanpa jawaban melihat kehebatan alam semesta.
Anda mungkin mendengar bagaimana ramainya ahli sains barat dan timur hanya memeluk Islam selepas mereka mengenali Allah daripada pembacaan al Quran atau diperkenalkan oleh ulama Islam! Sebelum itu, bukankah mereka buntu?
Lihat, titikan ilmu wahyu menjadikan segalanya adalah emas!
Jangan berhenti di ayat 28, sehinggalah anda melihat ayat berikutnya.
Lihat pula ayat berikutnya, dari ayat 29 hingga 32. Allah memperincikan perihal manusia yang bertaqwa.
Dalam 4 ayat ini, Allah menyebut ‘KitabuLlah‘ ( al Quran ) sebanyak 3 kali!
Selepas penegasan bahawa taqwa itu milik para ulama ( hatta ulama sains ), Allah mengembalikan kita kepada nikmat membaca dan memahami al Quran ( ayat 29 ). Kemudian, Allah mempertegaskan al Quran sebagai sumber kebenaran dan al haq ( ayat 31 ). Akhirnya Allah memberitahu kita kepada siapakah al Quran itu diwarisi daripada al Rasul ( ayat 32) dan siapakah yang terbaik daripada mereka. Mereka yang menjuarai berpegang dengan al Quran disifatkan sebagai telah memperolehi kurniaan yang agung!
Begitulah taqwa. Ia bermula dengan al Quran dan berakhir dengan al Quran. Ditengahnya adalah segala ilmu aqli dan naqli yang saling memperkenalkan kita dengan tuhan, lalu mencetus taqwa.
“apesal kau solat?” cuba tanyakan persoalan tu kat diri sendiri…. Mesti kita akan kata, aku solat sebab Allah suruh… erm..sebab aku tak nak masuk neraka… sebab tu la aku solat..
Tengok, kita tak pernah pun rasa solat tu untuk diri kita..tapi, sebab lain yang tak berkait dengan kita..sebab tu, kita jarang MENILAI SOLAT dan meningkatkan kualiti solat..
KECERDASAN DALAM SOLAT
Percaya tak jika dikatakan solat mampu mencerdaskan diri kita?
Jangan disangka cerdas tu pada akal je. Kita pernah mendengar istilah IQ, SQ, EQ. kecerdasan intelek, kecerdasan spiritual, kecerdasan emosi dan macam2 kecerdasan lagi..
BAHKAN, solat mampu meningkatkansemua jenis kecerdasan ini, termasuk kecerdasan pergaulan, kecerdasan berbahasa, kecerdasan mengira, kecerdasan melihat, kecerdasan mendengar, kecerdasan fizikal dan kecerdasan naturalis.
Tapi, bagaimana solat meningkatkan kecerdasan2 tu?
Bagaimana cara nak mencapai kecerdasan2 tu?
PENTINGNYA CERDAS DALAM SOLAT
Ammar bin Yassir ra telah menjelaskan;
“Sesungguhnya apa yang dicatatkan oleh malaikat Raqib bagi seseorang yang mendirikan solat hanyalah apa yang DILAKUKAN DENGAN AKALnya.” (Riwayat Ahmad dan Abu Daud)
INGATKAN TUJUAN DAN PROGRAM SOLAT
Kalau sebelum ini, kalau orang tanyakan kenapa kita solat, kita jangan ulangi lagi jawapan seperti sebelum ini..
Tapi, kita katakan, “Aku solat, memang kerana aku perlu kepada solat. Solatku ada tujuan, ada SEBAB!”
Mula2, kita tetapkan tujuan kita. apa yang ingin kita capai dalam hidup ini? MATLAMAT BERDASARKAN KEPERLUAN DALAM HIDUP.
Kemudian, kita kaitkan ayat2 Quran dan Nama2 Allah dengan tujuan kita.. setiap zikir dan tasbih kita dalam solat dikaitkan dengan tujuan kita itu.
Bacaan dalam solat, Al-fatihah, surah2 lain, zikir dan tahiiyat mesti difahami.
Ingat, mesti satu tujuan je..satu2..kalau ada tujuan lain, letakkan tujuan tu semasa solat yang lain pula.
CONTOH
Kita dalam tempoh peperiksaan. Jadi, kita mesti nak kecemerlangan. Kita nak, kita mudah dan ingat membaca dan menghafal. Jadi, kita perlu meminta dari Allah, Tuhan yang kita kasihi.
MATLAMAT: KECEMERLANGAN
LANGKAH :
1.Fahami maksud ayat2 Al-Quran dan Zikir2 dalam solat.
2.Kaitkan matlamat dengan ayat2 al-fatihah, zikir2 dalam solat , cari dan pilih ayat Al-Quran yang berkaitan dengan kecemerlangan.
3.Tetapkan matlamat sebelum solat.
Contoh;
semasa baca basmalah, kaitkan Allah yang Maha Pengasih,dengan sifat Maha Pengasihnya akan mencemerlangkan kita, akan mengabulkan doa kita..akan memudahkan kita menghafal..
semasa meminta ditunjukkan jalan yang benar, kita ingat, tunjukkan kecemerlangan yang benar..jangan sampai lupa diri, sombong..nak cemerlang macam ulama2’ dulu.. nak cemerlang macam akak2 dan abang2..nak cemerlang yang Allah redha..
semasa baca zikir dalam rukuk, sujud dan sebagainya dibuat benda yang sama..
semasa baca tahiyyat akhir, kan kita ada menyampaikan salam kepada Rasulullah,kita sebut (terjemahan), salam kepada KAU, masa tu rasa Nabi dekat dengan kita..tawassul dengan Nabi..haa…kalau kita solat lewat waktu pun, mesti rasa segan, sebab kita sampaikan salam kat Nabi masa tahiyyat akhir pada akhir waktu, bukan pada awal waktu..segan jugak, kalau ucap salam tu sorang2, bukan berjemaah…
buku ini ditulis oleh M Siddiq Mustika, berharga RM 33, keluaran PTS, muka surat 372.
beli ye? penerangan panduan solat khusyuk dari perspektif yang berbeza..sangat2 menarik!!
PANDUAN SOLAT KHUSYUK
Semua orang nak solat yang khusyuk, tapi solat yang khusyuk tu, bukan mudah nak capai, tapi tak mustahil. Dulu, pernah gak baca buku tentang khusyuk dalam solat ni, macam kata2 Imam Ghazali mengajar buat 6 perkara(kosongkan pemikiran, ingat kebesaran Allah, Wujudkan perasaan mengharap, wujudkan perasaan takut, fahami maksud ayat yang dibaca…maaf, lupa lagi satu)
Tapi, semasa saya cuba nak amal semua tu, rasa susah…kadang2 tak ingat..sebab hati ni kotor,nak buat semua ni perlukan fokus dan penyucian jiwa…
Dan Alhamdulillah, Allah temukan saya dengan buku ini, saya cadangkan sahabat2 semua beli dan baca buku ni..sebab dia terangkan panduan khusyuk dalam solat, dengan lebih saintifik dan tasawuf..insya Allah, lebih memudahkan untuk diamalkan dan meningkatkan fokus dalam solat..
Sebenarnya,ada banyak lagi kaedah yang dia terang dalam buku ni, untuk meningkatkan kecerdasan yang lain pula, tapi malas pulak nak tulis semua. Harap, kita semua dapat beli, baca, amal dan sebarkan ilmu tu kat orang lain…
Ok, selamat membaca dan beramal.
"solat adalah hari akhirah" tn guru Nik Abdul Aziz
salam, saya terjumpa artikel menarik yang ingin dikongsi bersama.... di copy and paste dari blog us dzulkhairi, ni blog beliau, http://dzulkhairi.blogspot.com
penting untuk generasi pemuda yang BEGITU BERSEMANGAT DALAM DAKWAH.
Nasihat ayah saya, yang memetik kata2 dari seorang ulama' di Malaysia; "janganlah memukul telur ayam kerana inginkan anak ayam itu, anak ayam itu akan mati! Tapi, tunggulah sehingga apabila tiba masanya, telur itu akan 'pecah' dengan sendirinya dan anak ayam itu akan hidup dengan sempurna." -ulama'-
selamat membaca artikel fiqh tarbiah ini =)
"Adab amar ma'ruf nahi mungkar ini banyak. Tidak boleh semberono. Mesti ada cara, mesti ada teknik," saya memulakan perbincangan dalam usrah hari itu. Terik matahari yang menjamah tubuh kami ada baiknya.
Meski panas, namun membekalkan kebaikan. Meski terpiat-piat mata saya dek silaunya, namun sekurang-kurangnya saya akan menjadi sihat. Seolah-olah begitulah nahi mungkar, pedih namun memberikan kebaikan.
"Abang Zul," Mahathir memulakan pertanyaan. "Ada apa Deq?" saya bertanya balik. Ia membetulkan kaca matanya yang agak tebal.
"Hari tu ana dengar kuliah oleh Ustaz Jamil Khir. Dia kata, amar ma'ruf dan nahi mungkar mestilah bermula dengan kekuatan. Hati ini bagi orang yang memiliki Iman yang tohor sahaja," Mahathir bercerita.
"Nah, apa pandangan antum," sengaja saya melemparkan persoalan itu untuk dibincangkan. Zambry cepat-cepat menjawab, "Ana setuju. Mesti bermula dengan kekuatan. Tunjukkan kemuliaan umat dakwah ini," semangat sekali anak muda yang berkulit gelap-gelap manis ini.
Saya teringat dengan kesungguhan beberapa pemuda dalam berdakwah. Mereka memohon izin al-Banna namun al-Banna menyebut, "Kami tidak mahu menjadi orang yang memetik buah sebelum masaknya".
Apabila beberapa pemuda bersemangat menggunakan kekuatan dalam berdakwah, mereka dibantah oleh ulama. Namun mereka menafikan kebijaksanaan ulama. Setelah masuk ke dalam penjara, mereka mengkaji semula, barulah mereka menginsafi dan berkata,
"Baru kini kami sedar, menggunakan kekuatan adalah milik dan hak pemerintah bukannya kami," penyesalan itu terlalu lambat.
Mana satu yang benar? Menggunakan kekuatan atau kelembutan? Bukankah Nabi SAW berkata, penghulu syuhada' ialah Hamzah dan pemuda yang mengatakan kebenaran kepada seorang pemimpin yang zalim lalu ia dibunuh?
Bukankah pepatah menyatakan, "Berkata benarlah meskipun pahit?"
Maka kekuatan harus digunakan demi mencapai kebaikan.
Apabila saya membentangkan "Faktor Keruntuhan Khilafah" di UIA PJ, saya menyebut, "Amar ma'ruf dan nahi mungkar mesti bermula dengan hati dan berakhir dengan kekuatan," pernyataan yang mengundang persoalan dan kritikan.
Wahai anak-anak muda, jangan tergopoh-gapah, sesungguhnya Islam bangkit dengan tadarruj, atau beransur-ansur. Mereka sudah lama tenggelam dalam lautan maksiat, maka jangan terlalu cepat untuk membasahkan mereka dengan air keimanan.
"Habis tu bang, bukan ke Nabi kata, "Barangsiapa melihat kemungkaran, maka cegahlah dengan tangan?" Firdaus bertanya. Saya tersenyum sambil menggeleng-geleng kepala. "Hadis itu dilihat dari konteks kekuatan, namun dari sudut urutan, ia bermula dari hati".
Sesungguhnya Ibnul Qayyim menyebut empat rukun mencegah kemungkaran.
Pertama: Lihatlah, apakah dengan mencegah kemungkaran itu, akan berganti dengan kebaikan. Jika ya, teruskan.
Kedua: Lihatlah, apakah dengan mencegah kemungkaran itu, akan berganti dengan mudharat yang sedikit. Jika ye, teruskan.
Ketiga: Lihatlah, apakah dengan mencegah kemungkaran itu, akan berganti dengan mudharat yang sama beratnya dengan kemungkaran. Jika ya, timbangkan.
Keempat: Lihatlah, apakah dengan mencegah kemungkaran itu, akan berganti dengan mudharat yang lebih besar. Jika ye, tidak perlulah untuk kita mencegah kemungkaran.
"Eh, betul ke begitu Abang Zul?" Mukhriz tekejut mendengar pernyataan saya. Saya sudah agak, mesti mereka tidak percaya punya. Bolehlah rjuk buku Dr um'ah Amin Abdul Aziz yang telah menggariskan 10 perkara dalam berdakwah.
Bahkan seingat saya, ulama juga menggariskan teknik mencegah kemungkaran secara lebih praktikal dan detail.
Pertama: Nasihat secara halus. Sama ada kita berdepan dengan dia, menggunakan alat bantu seperti SMS dan email, atau menggunakan orang yang paling rapat dengan dia.
Kedua: Menggunakan sedikit kekerasan agar timbul rasa takut dalam diri dia.
Ketiga: Menggunakan ugutan dan amaran awal sebelum amaran terakhir
Keempat: Pukul sekadarnya agar ia berasa takut dan gerun.
"Ustaz, isteri saya derhaka pada saya. Saya nak tanya ustaz, boleh ke saya nak bunuh lelaki yang keluar dengan isteri saya?" terkejut saya mendengar luahan seorang lelaki selepas saya menyampaikan khutbah Jumaat akhir tahun lepas.
"Kenapa abang nak bunuh lelaki tu?" saya bertanya, cuba sedaya mungkin menyembunyikan rasa gusar dalam diri saya. Bimbang jugak saya yang dibunuh dahulu sebelum lelaki tu. Janganlah, kus semangat. Saya belum kawen lagi.
"Saya yakin lelaki tu yang sihirkan isteri saya," tambahnya.
Nah tengok. Ada orang sampai nak bunuh orang dalam menghalang keburukan. Bukankah ini menakutkan. Maka sikap sabar perlu disemai dalam amar ma'ruf dan nahi mungkar.
Seorang isteri yang derhaka, bagaimana mengubatinya? Allah taala telah mengajar kita,
1- Bagi nasihat 2- Asingkan tempat tidur 3- Pukul ala kadar, dengan kayu sugi.
"Mukhriz, bukankah Allah taala mengambil masa yang lama untuk mengharamkan arak. Tiga ayat diturunkan dalam beberapa tempoh untuk mengharamkannya," kata saya kepada adik usrah saya yang bersemangat tu.
Adik-adik usrah saya terlalu bersemangat. Sesungguhnya mereka perlu ingat. Mencegah kemungkaran menggunakan kuasa adalah milik pemerintah.
Abdul Malik yang masih muda, darahnya panas, mengkritik ayahnya Umar Abdul Aziz yang terlalu lembut. Maka Umar berkata, "Sesungguhnya Allah menurunkan tiga ayat untuk mengharamkan arak".
Dalam situasi yang lain beliau berkata, "Aku terpaksa menggunakan dunia untuk menarik rakyat kepada pengabdian".
Malah itulah yang dibuat Nabi SAW, menggunakan faktor dunia untuk menarik orang ke dalam Islam.
"Jadi Abang Zul, kami mesti berhemah dan berlembut dalam berdakwah?" tanya Mahathir.
"Ya," jawab saya. "Apabila seorang lelaki bertemu dan mengkritik Khalifah al-Makmun, khalifah berkata, "Sesungguhnya engkau tidak sebaik Musa dan aku tidak sejahat Fir'aun. Namun Allah memerintahkan agar Musa berlembut kepada Fir'aun".
Sesungguhnya Allah taala berfirman, "Maka dengan rahmat Allah, kamu berlembut dengan mereka. Jika kamu berlaku kasar, pasti mereka akan lari dari kamu".
Saya dan adik-adik usrah berjalan meninggalkan wakaf di tepi tasik universiti itu. Sambil memegang tangan Zambry yang masih berasa ragu dengan perbincangan, saya berkata,
"Zambry, sukakah jika ana berlakau kasar kepada nta?"
"solat adalah hari akhirah" tn guru Nik Abdul Aziz
"aku dah study banyak, tapi kenapa result aku masih teruk?"
"hafal2, pastu lupa! lebih baik tak payah hafal!"
itu antara luahan kata yang ku dengar dari mulut dak2 medik, terutama saat2 exam.
~hai~ memang tensen study medik ni. berlambak2 nak kena hafal!
dah la penat hafal, kepala lak sakit, lepas tu,lupa balik! kena hafal balik!
apa yang lebih TENSEN, LUPA masa exam!
" Ya Allah, ku mengadu kepadaMu tentang lemahnya ingatanku, Kau janganlah bagi aku lupa apa yang telah ku belajar dan hafal.." -ameen-
disini, hatiku terdetik untuk berkongsi dengan semua, pada pandangan dan pemerhatian aku, KESILAPAN yang dilakukan oleh diriku sendiri dan rakan-rakan masa study dan menjawab exam.
MASA STUDY
1.Terlalu fokuskan nak habiskan silibus. TAK PENTINGKAN kepada keFAHAMan dan HAFALan.
ØMeneruskan pembacaan dan usaha untuk menghafal tanpa PENGULANGAN kepada hafalan.
ØHanya membuat latihan apabila sudah selesai membaca SELURUH buku setiap subjek, bukan setiap 2 hingga 3 bab, meyebabkan latihan dan pengulangan pada kali ke-2 seperti bacaan masa kali pertama. (hafalan kurang kukuh.)
2.Main HAFAL je semua. Tak letak priority yang mana PENTING dan KURANG PENTING.
3.Tak de output learning. Input learning je.. --> blank masa exam.
4.Paksa diri untuk study walau badan dan otak dah TAK MAMPU!
5.Study dari pelbagai jenis buku.
6.Menghafal ayat, hafal buta. Tak faham dan tak tau apa yang dihafal.
7.Anggap latihan membuang masa. Tak buat latihan selepas pembacaan.
8.Terlalu risaukan silibus yang tak dibaca, muka tensen, tak senyum, hidup tak seronok, TERTEKAN!
9.Tak membandingkan secara efektif point2 yang kelihatan serupa.
ØHanya ‘vertical learning’(bacaan secara detail, tanpa comparison.)
10.Tak tengok past year question.
11. Study tanpa perancangan yang tersusun dan tak melihat KEMAMPUAN DIRI.
MASA JAWAB EXAM
1.Tak bajet masa mengikut markah dan kehendak soalan.
2.Jawab semua yang diketahui BUKAN yang diminta.
3.Tulisan terlalu kecil.
4.Tak menggaris point2 penting.
5.Tinggalkan kosong.
semoga bermanfaat.
u/p: kalau kawan2 nak tambah, sila2 ..
kalau ada yang tak bersetuju, nak kritik, tafadhol..
maaf atas segala kekurangan..
"solat adalah hari akhirah" tn guru Nik Abdul Aziz
"damak, tegur aku something..."minta muhasabah dari rakan-rakan..
"urm..kau ni agak ........................(maaf,sy tak nak tulis),"ujar damak, yakin. "owh, betul la tu. Aku pun rasa gitu gak. Tapi, aku dah try tau nak ubah, tapi sampai sekarang, still tak dapat2. Pernah sekali ari tu, aku try.. Then, aku rasa lain. Aku rasa, aku dah bukan aku pada ari tu.. hidup aku dah jadi macam lain. Aku dah tak boleh concentrate dalam kelas. Tak boleh nak gaul ngan kawan2 macam biasa.." jelasku, panjang...
"er.. kalau gitu.. kau mantain je la. nak wat camne, dah tak leh nak ubah, kan?"copok menambah.
HIJRAH
hijrah zaman sekarang, bukan macam zaman Nabi dulu, dari mekah ke madinah. Hijrah sekarang, berubah dari BURUK kepada BAIK, yang BAIK kepada LEBIH BAIK, yang LEBIH BAIK kepada YANG TERBAIK!
sape lagi yg lebih kenal kita selain dari sahabat kita sendiri?
sahabat2 adalah CERMIN. Nasihat dan pendapat mereka mesti dinilai dan ditimbang.
"Kenallah diri kau melalui orang lain.." nasihat Hafzi, rakan study buddyku.. (^_^)
SILAP
pagi tadi, sy fikir2 semula nasihat damak... sy nilai2 semula respon sy pd nasihat damak. Alamak! sy dah buat silap!
kenapa sy tak kata, "Boleh tak kau bimbing aku utk ubah perangai aku tu?" ???? dari mengatakan.. "Tapi, aku dah try tau nak ubah, tapi sampai sekarang, still tak dapat2...."
kenapa sy tak kata, "Boleh tak kau tunjukkan aku buku2 atau sape2 yg aku boleh rujuk untuk aku atasi masalah ni?" dari menyatakan pendirian yang seolah2 kecewa dengan sikap yg difikikirkan MUSTAHIL utk diubah!
teringat Firman Allah yang bermaksud; "sesungguhnya Allah sekali-kali tidak akan meubah sesuatu nikmat yang telah dianugerahkan-Nya kepada suatu kaum, hingga kaum itu mengubah apa-apa yang ada pada diri mereka sendiri, dan sesungguhnya Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui." (Al-Anfal:53)
Kenapa masih memberi ALASAN! sediakan JALAN! berjalanlah di atasnya! segalanya terpulang kepada ANDA!
"solat adalah hari akhirah" tn guru Nik Abdul Aziz
“Aku ‘tension’ betul belajar ni! Hafal macam nak mati, last2 lupa gak masa nak jawab exam,”getus Abu.
“Aku lagi la tension. Aku study dari awal, konsisten aje. Tapi, result pun hampeh gak!” marah.
Ya, setiap orang inginkan kecemerlangan, dalam apa jua bidang sekalipun. Demi kecemerlangan, mereka mula mencari-cari formula kecemerlangan. Buku-buku dari barat diselongkar, dikaji satu persatu. Mereka lupa bahawa di dalam agama Islam itu sendiri juga,terdapat formula kecemerlangan. Formula yang diajar oleh baginda Rasulullah SAW sendiri.
Membentuk aqliah ilmiah dalam diri setiap muslim adala formula paling penting dalam meningkatkan kecemerlangan seseorang. Nabi Muhammad mengajar kita untuk tidak menerima sebarang dakwaan selagi tidak ada bukti yang jelas tentang dakwaan tersebut, sama ada bukti melalui penglihatan atau yang boleh dirasai oleh pancaindera manusia atau kesahihan orang yang menyampaikan dakwaan tersebut. Islam juga menolak sangkaan, dalam setiap perkara yang memerlukan keyakinan dan kepastian. Bahkan, Islam yang dibawa oleh Nabi Muhammad bukan sahaja menentang budaya jumud, beku dan ‘pak turut’ dalam masyarakat, malah Islam sangat memuliakan akal dan menyeru umat Islam agar selalu berfikir dan meiliti! “dan (juga) pada dirimu sendiri. Maka apakah kamu tidak memperhatikan?”(Adz-Zariyaat:21). Jadilah kita insan yang berfikir, jika tidak kita akan diperbodohkan seumur hidup!
Buta huruf adalah pembantut utama kepada penguasaan ilmu. Sebagai agama yang mulia, Islam memerangi gejala buta huruf dikalangan umat Islam! “Bacalah dengan (menyebut) nama Tuhanmu Yang menciptakan,”(Al-Alaq:1). Kalau nak tak nak diperangi,amalkan budaya membaca setiap hari. By reading, we will know everything.
Setiap bangsa mencapai kemajuan dalam bidang ilmu tertentu. Bahasa adalah ‘alat bantu belajar’ yang sangat penting dalam membantu seseorang mengusai ilmu yang telah dicapai oleh bangsa tersebut. Sebagai Nabi yang sentiasa inginkan umat yang cemerlang,Nabi Muhammad menyeru umat baginda belajar bahasa-bahasa asing apabila diperlukan. Rasul pernah menyuruh sayidina Zaid belajar bahasa yahudi untuk memhami kitab-kitab mereka. Ayuh, kita kuasai bahasa inggeris untuk kuasai ilmu medik!
Dalam merangka sesuatu perancangan, sistem bancian sangat penting. Siapa sangka, Nabi Muhammad telah memperkanalkan sistem bancian kepada kita semasa hayat baginda. Baginda pernah memerintah para sahabat membanci berapa ramaikah manusia yang telah melafazkan Islam. Mulakan perancangan study dari sekarang. Bancilah subjek-subjek, kenal pasti kelemahan, kekuatan, ancaman dan peluang yang ada. Nabi Muhammad juga mengajar umat baginda untuk merancang dalam melaksanakan sesuatu tindakan. Jangan semborono sahaja! Walaupun baginda seorang Kekasih Allah, baginda merangka strategi yang cukup hebat dalam hijrah baginda ke Madinah. Baginda mematuhi sunnatullah(hukum alam). Merancanglah untuk kecemerlangan bersama!
Ilmu tidak datang secara semulajadi. Kita dituntut untuk mencari ilmu. Nabi Muhammad mengajar kita agar mengambil ilmu dari orang yang pakar dan berpengalaman. Bertanyalah kepada mereka! Nabi menerima pandangan seorang sahabat yang pakar peperangan untuk mendirikan khemah di hadapan sumber air sebagai strategi peperangan. Di universiti, doktor-doktor pakar begitu ramai. Maka, rugilah orang yang mempersia-siakan peluang ini.
Allah mengurniakan ilmu kepada sesiapa sahaja yang bersungguh-sungguh. Bahkan, terdapat ilmu yang dikuasai oleh orang kafir. Nabi Muhammad menyeru umat baginda mengadaptasi segala ilmu yang berguna walaupun dari orang bukan Islam! “Kalimah kebijaksanaan barang hilang milik orang beriman. Dimana sahaja didapatinya,maka dialah yang paling berhak ke atasnya.”(riwayat At-Tarmizi).
Amalan berbomoh dan takal amat ditentang oleh Nabi Muhammad SAW. Jelasnya, amalan ini bercanggah dengan akal normal manusia yang waras. Baginda melaknat sesiapa yang melakukan amalan sedemikian.
Nabi Muhammad juga menunjukkan contoh yang terbaik dalam ilmu perubatan. Nabi pernah tidak mengaku mereka yang puasa sehingga tidak makan dan enggan tidur kerana ingin beribadat sebagai umat baginda. Nabi juga menggalakkan umat baginda berubat apabila sakit dan menyuruh mereka menjauhkan diri dari penyakit berjangkit.
Begitulah hebatnya baginda SAW dalam mengajar umat baginda dalam ilmu keduniaan. Ilmu Akhirat mesti dipelajari berpandukan Al-Quran dan As-Sunnah, tidak boleh melalui akal semata-mata. Nabi Muhammad SAW bukan sahaja inginkan umatnya mencapai kejayaan di akhirat semata-mata, baginda juga mahukan umat Islam berjaya di akhirat. Ayuh, kita buktikan! Amalkan Islam yang dibawa oleh Nabi Muhammad SAW, kita pasti berjaya! Sunnah diamalkan,kejayaan dalam genggaman!
Orang kafir hebat, kerana mereka meninggalkan amalan agama mereka dan mengamalkan isi-isi Islam, orang Islam lemah, kerana mereka meninggalkan ajaran Islam dan mengamalkan budaya orang kafir.
“Astaghfirullah, aku kata Allah Akbar, Allah Maha Besar, aku mengaku bahawa semua perkara kat dunia ni kecil2 belaka, Allah Yang Maha Besar. Tapi, dalam solatku, masih tidak khusyuk!” mengutuk diri sendiri, selepas solat fardhu pada hari itu.
Kemudian,
Solat fardhu seterusnya,…………………………….
“la.. sama je macam solat sebelum ni! Ingat lagi benda2 lain! Tak khusyuk langsung!”kecewa dengan kesilapan lama.
Susah hendak berubah, lantaran lemahnya kekuatan iman dalam menggerakkan diri untuk berubah!
Begitulah lumrahnya, iman naik dan turun. Bagaimana jika kematian menjemput semasa iman sedang turun?
CINTA ALLAH
‘ku dambakan cintaNya’ ku baca status seorang rakan di ym.
‘ya Allah, kurniakanlah ku cinta Mu’ tulisan dalam blog seseorang.
Ya, Alhamdulillah, syukurku kerana kesedaran orang Islam dalam mencari cinta Allah yang lebih hakiki dan abadi.
SECEBIS KISAH
Firman Allah yang bermaksud;
“pada hari ketika manusia lari dari saudaranya, dari ibu dan bapaknya, dari istri dan anak-anaknya. Setiap orang dari mereka pada hari itu mempunyai urusan yang cukup menyibukkannya.” (‘Abasa:36-37)
begitulah realiti Hari Qiamat, yang dimaklumkan di dalam Al-Quran.
Ulama’ meriwayatkan, mafhumnya;
Pada hari Akhirat, seorang hamba Allah ditimbang amalannya. Hasilnya, masih perlu sedikit lagi kebaikan untuk membolehkannya masuk syurga. Allah berfirman, “carilah saudara-saudara kamu, dan mintalah sedikitkebaikan dari mereka.”
Lalu, si hamba Alllah ini pun merentas padang mahsyar, mencari semula saudara-saudaranya,
“abang Long, Kak Ngah, dulu kat dunia dulu, abang Long, Kak Ngah sayang sangat kat adik, tolong adik jalan-jalan, belikan adik hadiah, sekarang ni, boleh tak adik nak minta sedikit pahala dari abang Long, Kak Ngah?”
“adik, abang Long, Kak Ngah pun takut macam apa yang adik takut,”jawab saudaranya.
Lalu, dia mencari dan menemui ibunya,
“mama, kat dunia dulu, mama sayang sangat kat adik, kan? Kalau adik sakit, mama sanggup tak tidur malam sebab nak jaga adik, adik sayang sangat kat mama. Mama, boleh tak mama bagi kat adik sedikit kebaikan? Adik tak nak masuk neraka! Adik takut!”
“adik, mama pun takut macam yang adik takut,”jawab ibunya, lantas meninggalkannya.
Lalu, dia mencari dan menemui ayahnya.
“papa, adik tau, papa sayang kat adik. Papa selalu belikan kat adik hadiah kalau adik dapat nombor 1. Adik pun sayang kat papa jugak. Boleh tak papa bagi kat adik sedikit kebaikan?”
“adik, papa pun takut macam yang adik takut,”ayahnya menjawab.
Lalu, dia mencari dan menemui isterinya.
“isteriku sayang, abang tau yang sangat cintakan abang,kan? Dulu, susah senang kita bersama, membina mahligai indah bersama-sama, kan? Sama-sama besarkan anak-anak kita yang comel-comel tu. Sayang, boleh tak bagi kat abang sedikit kebajikanmu?”
“bang, yang pun takut macam abang jugak…”balas isterinya.
Lalu, dia bergegas dan menjumpai anaknya.
“anakku sayang, ingat ayah lagi tak? Ayah sayang tau kat acik. Acik pun sayang kat ayah, kan? Ayah ingat lagi, acik sanggup korbankan bermain-main dengan kawan-kawan sebab nak jaga ayah kat hospital. Acik, boleh tak acik bagi kat ayah sikit amalan acik?”
“acik pun takut apa yang ayah takut,”balas anaknya.
Buntu, si hamba ini mengadap Allah.
“ya Allah, aku telah meminta sedikit kebaikan dari saudaraku, tapi, tak seorang pun yang sanggup memberikan kebaikan mereka kepada ku.”
Allah menjawab dengan Rahimnya,”wahai hambaKu, sesungguhnya Ku lebih menyayangimu berbanding mereka. Wahai malaikatKu, kau ambillah hamba Ku ini dan kau masukkanlah dia kedalam syurga.”
ALLAH sayang sangat-sangat kat hambaNya!
PENGAJARAN HADIS
Daripada Anas bin Malik , bahawa Nabi Muhammad SAW bersabda “Tidak sempurna iman seseorang dikalangan kamu sehingga dia mencintaiku lebih daripada dirinya sendiri, anaknya, keluarganya dan manusia keseluruhannya”
(riwayat Imam Ahmad,Imam Bukhari, Imam An-Nasaa’i, Imam Muslim dan Imam Ibnu Majah)
Allah sayangkan kita, tapi bagaimana nak dapatkan kasih sayang Allah? bagaimana nak cintakan Allah?
CARA CINTAI ALLAH
Firman Allah yang bermaksud,
“Katakanlah: "Jika kamu (benar-benar) mencintai Allah, ikutilah aku, niscaya Allah mengasihi dan mengampuni dosa-dosamu." Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.” (surah Ali ‘Imran:31)
Ikutlah Nabi Muhammad, nescaya, diri ini akan dicintai Allah!
Itulah kata kuncinya.
CABARAN
Badan penat, katil empuk.. tiba-tiba, azan berkumandang..
Teruskan terbaring hingga tertidur, atau terus bangkit dan tunaikan kefardhuan di Masjid?
Ya, Nabi Muhammad menunaikan solat fardhu di masjid!
ya, Nabi Muhammad khusyuk dalam solat!
Nak dapat cinta Allah? Mesti ikut Nabi Muhammad SAW!
Kata-kata mudah dilafazkan dari lidah yang tak bertulang.
Sudah banyak berteori, pelaksanaannya bagaimana?
“ya Allah, ku mengadu kepadaMu tentang imanku yang sering naik dan turun. Kau mudahkanlah diriku mengikuti Nabi Muhammad SAW. Sediakanlah tempat di hatiku untukMu, anugerahkanlah perasaan cintaku kepada Mu.” -ameen-
p/s:
situasi di cabaran tu, hanya salah satu dari contoh-contoh dalam kehidupan.
terdapat rakaman video tentang kuliah seorang ulama' melayu dalam menghuraikan siapa yang paling sayangkan kita. boleh dicari di youtube.com
"solat adalah hari akhirah" tn guru Nik Abdul Aziz
Sambungan daripada TUBERCULOSIS SIRI 1.... Semoga dapat manfaat,
2. USUS
seperti paru-paru TB, usus juga terdiri dari primary dan secondary TB.
Dalam Primary usus TB, meminum susu haiwan seperti lembu dan seumpamanya yang sudah dijangkiti tuberculous bacili ini. Bakteria ini akan dibawa oleh salah satu sel pertahanan badan merentasi dinding usus dan menyebabkan jangkitan di kawasan itu. Ruang dalam usus, di kawasan jangkitan mengalami luka dan akan sembuh dengan meninggalkan parut dan digantikan tisu fiber. Salur limfa dan ruas limfa juga akan dijangkiti bakteria ini. Mesenteric lymph node(salah satu ruas limfa di kawasan usus) akan membesar, menjadi kuning dan melekat sesama sendiri. kawasan jangkitan ini akan sembuh(digantikan dengan tisu fiber) sekiranya sistem pertahanan badan berfungsi dengan baik, tetapi sekiranya sistem pertahanan badan tidak berfungsi dengan baik, bakteria ini akan tersebar dan menjangkiti anggota badan yang lain.
Dalam secondary usus TB, jangkitan biasanya berlaku kepada orang dewasa, akibat daripada jangkitan paru-paru TB yang kronik akibat daripada menelan air liur yang sudah dijangkiti bakteria ini. Kawasan jangkitan ini juga akan menjadi luka, secara melintang. Luka itu juga akan sembuh dengan digantikan oleh tisu fiber. Orang yang dijangkiti penyakit ini akan mengalami usus berdarah, tersebarnya bakteria ke anggota badan yang lain, usus tersumbat dan lain-lain lagi.
3. GINJAL TUBERCULOSIS
Dalam ginjal TB yang kronik, jangkitan biasanya di bawa oleh darah atau daripada organ seks. Ginjal akan berlubang dan saluran kencing akan tersumbat, dan menyebabkan pembesaran ginjal. Pesakit yang dijangkiti penyakit ini mengalami kencing berdarah, kegagalan ginjal untuk berfungsi dan penyebaran bakteria ke anggota badan yang lain.
4. TULANG TUBERCULOSIS (POTT'S DISEASE)
Tulang belakang dan hujung tulang yang panjang biasanya dijangkiti bakteria ini, dan menyebabkan tulang hancur. Jangkitan di tulang belakang akan menyebabkan tulang belakang dan disk antara tulang juga akan hancur. Tulang belakang akan membengkok ke depan, dikelilingi material yang berwarna kuning dan lumpuh separuh badan.
5. SARAF TUBERCULOSIS
Jangkitan ini menjangkiti otak dan kawasan sekeliling otak, menghalang saluran cecair dalam otak, yang menyebabkan cecair itu terkumpul dan meninggikan tekanan dalam otak serta menekan saraf-saraf sekeliling yang menyebabkan lumpuh.
untuk pengetahuan semua, sebenarnya, tuberculosis juga boleh menjangkiti tonsil, kulit, pundi kencing, jantung dan seks organ. Secara keseluruhannya, semua anggota badan mempunyai kebarangkalian untuk dijangkiti bakteria ini!
Nabi Muhammad SAW bersabda, mafhumnya, "DUA nikmat yang sering dilupai oleh manusia iaitu nikmat SIHAT dan MASA LAPANG."
Allah berfirman dalam Al-Quran surah Luqman ayat 12; " Dan sesungguhnya telah Kami berikan hikmat kepada Luqman, yaitu: "Bersyukurlah kepada Allah. Dan barangsiapa yang bersyukur (kepada Allah), maka sesungguhnya ia bersyukur untuk dirinya sendiri; dan barangsiapa yang tidak bersyukur, maka sesungguhnya Allah Maha Kaya lagi Maha Terpuji".
"ya Allah, sementara masih dikurniakan dua nikmat ini, aku mengadu kepadaMu tentang LALAInya aku dalam mentaati perintahMu, Kau jadikanlah aku orang yang dapat mengikut Nabi Muhammad SAW, supaya ku berjaya mendapatkan cinta-Mu" -ameen- "Katakanlah: "Jika kamu (benar-benar) mencintai Allah, ikutilah aku, niscaya Allah mengasihi dan mengampuni dosa-dosamu." Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang." (surah Ali 'Imran:31)
A blinding flash of white light Lit up the sky over Gaza tonight People running for cover Not knowing whether they’re dead or alive
They came with their tanks and their planes With ravaging fiery flames And nothing remains Just a voice rising up in the smoky haze
We will not go down In the night, without a fight You can burn up our mosques and our homes and our schools But our spirit will never die We will not go down In Gaza tonight
Women and children alike Murdered and massacred night after night While the so-called leaders of countries afar Debated on who’s wrong or right
But their powerless words were in vain And the bombs fell down like acid rain But through the tears and the blood and the pain You can still hear that voice through the smoky haze
We will not go down In the night, without a fight You can burn up our mosques and our homes and our schools But our spirit will never die We will not go down In Gaza tonight
“Mohd Saifulloh: Faiz Matzaid: 24 Januari-Seorang mahasiswa tahun satu kuliah Usuludin Kaherah,saudara Mohd Hatta Mohamad Hanafi,21 meninggal dunia di sini malam tadi. Beliau berasal dari Terengganu merupakan pelajar yang baru tiba di Mesir bagi sesi pengajian tahun lepas. Yang Dipertua Keluarga Penuntut Terengganu (KPT), Ustaz Mohd Shafizi Ismail ketika dihubungi pagi ini memberitahu, Allahyarham yang menetap di Asrama Rumah Terengganu,Hayyul 'Asyir menghembuskan nafasnya yang terakhir malam tadi ketika dalam perjalanan ke hospital. Menurut Ustaz Shafizi lagi, Allahyarham meninggal dunia akibat penyakit Tibi. Allahyarham juga mempunyai abang di Mesir iaitu Ustaz Hambali. Sehingga pagi ini, jenazah masih berada di Hospital 'Ain Syam dan akan diuruskan serta dikebumikan hari ini. al-fatihah”
Itulah mass massage yang ku dapat petang tadi, selepas exam pharmacology. Semalam, ku telah diberitakan pelajar itu sudah dimasukkan ke hospital, kerana serangan tuberculosis tu(TB), ku buat status ym, ku minta agar semua orang solat hajat untuknya.. harap2, dia sembuh! Tapi, Allah lebih menyayanginya.. umur semuda itu meninggal semasa dalam perjalanan menuntut ilmu agama, di bumi mesir, bumi para anbia’ dan ulama’..
“alfatihah buat ustaz Mohd Hatta Mohamad Hanafi, semoga Allah mencucuri rahmat kepada rohnya dan mendapat kelebihan mati syahid.” –ameen-
Aku juga mendapat berita dari Alexandria, 2 orang pelajar perubatan terkena penyakit TB ni, tapi, Alhamdulillah,setakat hari ini, masih tidak kedengaran pemergian mereka ke rahmatullah. “ya Allah, ku mengadu kepadaMu lemahnya kudrat kami, Kau sembuhkankanlah dua orang sahabatku itu, hanya Kau Tuhan Yang Maha Agung, Yang Maha Menyembuhkan, Yang Maha Mengasihani.” –ameen-
Entah kenapa, selepas solat asar, aku terasa terpanggil untuk menulis sedikit maklumat tentang penyakit tuberculosis ini. ku risau kalau diriku dan sahabat-sahabat semesir ini terkena penyakit ini lagi. Kerana Allah ku sayangkan kalian!Sesungguhnya, ku teramat-amat merindukan kemunculan ulama’ dan pengamal perubatan dari Mesir ini, yang mendapat didikan Islam dari ulama' mesir, untuk memimpin dan mengajak rakyat Malaysia kembali kepada Islam dan menjadikan Islam dalam hati setiap insan!
ya, ku sangat-sangat rindukan saat itu!
Semoga maklumat ini dapat membantu kita semua..
mycobacterium tuberculosis
APA ITU TUBERCULOSIS?
Tuberculosis ialah jangkitan penyakit yang disebabkan oleh mycobacterium bacilli, sejenis bacteria.
BAGAIMANA MENDAPAT JANGKITAN?
Terdapat 3 cara manusia boleh terkena jangkitan bacteria ini, sama ada melalui pernafasan, pemakanan dan suntikan melalui kulit.
Antara ketiga-tiga cara jangkitan ini, jangkitan melaui pernafasan adalah yang paling lazim, melalui debu-debu yang sudah dijangkiti bacteria ini yang masuk kedalam saluran sistem pernafasan badan. Bacteria yang dijangkiti melalui pernafasan akan menyerang tonsil dan paru-paru.
Jangkitan melaluipemakanandiperolehi melalui susu lembu , kerbau dan seumpamanya(genus bos) yang dijangkiti bacteria ini, dan menjangkiti tonsil dan usus-usus perut.
Jangkitan melalui suntikan kepada kulit diperolehi melalui pengendalian kepada barang-barang yang sudah dijangkiti bacteria ini seperti daging dan lain-lain. Jangkitan melalui cara ini adalah yang paling sedikit.
BAGAIMANA PENYAKIT INI BOLEH TERSEBAR DALAM BADAN MANUSIA?
Bacteria ini boleh tersebar melalui darah, cecair limfa, saluran-saluran dalam sistem badan, (seperti saluran kencing, saluran pernafasan dan sebagainya) dan juga secara terus(menjangkiti kawasan sekitar)! Bacteria ini boleh menjangkiti salur darah dan memasuki darah melalui jangkitan pada salur darah tersebut. Kaedah yang sama digunakan dalam penyebaran melalui cecair limfa, malah cecair limfa ini membawa limfa yang sudah dijangkiti bacteria ini ke ruas limfa(lymph node).
APAKAH BAHAGIAN BADAN YANG BIASA DIJANGKITI PENYAKIT INI?
1.PARU-PARU TB
PARU-PARU TB ada dua jenis iaitu primary(kali pertama) dan secondary(kali berikutnya).
Dalam primary paru-paru TB, titik-titik jangkitan muncul di bahagian tepi paru-paru. Salur limfa dan ruas limfa juga akan mengalami jangkitan. Penyakit ini biasanyamenjangkiti kanak-kanak dan boleh sembuh sekiranya sistem pertahanan badan mampu melawan bacteria itu. Sekiranya sistem pertahanan badan gagal, bacteria itu akan tersebar melalui darah, limfa dan saluran-saluran sistem badan dan menyebabkan jangkitan pada paru-paru semakin teruk dan juga menjangkiti bahagian-bahagian badan yang lain pula.
Dalam secondary paru-paru TB, yang biasanyamenjangkiti golongan dewasa, kesan jangkitan juga bergantung kepada sistem pertahanan badan. Sekiranya sistem pertahanan badan kita berada pada tahap yang sederhana dan bilangan bacteria itu juga sederhana, chronic fibro-caseous pulmonary tuberculosis akan berlaku. Dan sekiranya sistem pertahanan kita lemah dan bilangan bacteria itu terlalu banyak, tuberculous bronchopneumonia dan acute caseous tuberculous pneumonia akan berlaku.
Dalam chronic fibro-caseous pulmonary tuberculosis, bahagian atas paru-paru berlubang-lubang kerana jangkitan ini menyebabkan sebahagian paru-paru menjadi lembut, hancur dan memasuki saluran-saluran pernafasan. Bahagian bawah paru-paru juga akan menunjukkan kawasan jangkitan. Pesakit yang terkena jangkitan ini menyebabkan paru-parunya mengecut dan tidak dapat berfungsi, batuk berdarah, jangkitan di bahagian tubuh yang lain, jantung gagal berfungsi dengan lancar dan lain-lain. Pesakit ini juga akan kehilangan berat badan, berpeluh-peluh, demam malam, sakit dada dan susah untuk bernafas.
Dalam tuberculous bronchopneumonia pula, titik jangkitan berselerak di seluruh paru-paru. Ruas limfa juga akan membesar(hilar lymph node). Sekiranya sistem pertahanan badan semakin lemah, penyakit ini akan menjadi semakin teruk dan dipanggil acute caseous tuberculous pneumonia.Titik-titik jangkitan akan bercantum sesama sendiri , menjadi lembut, hancur dan membentuk lubang-lubang di paru-paru.
adakah TUBERCULOSIS menjangkiti paru-paru sahaja? bagaimana anggota badan yang lain? nantikan sambungannya....
"solat adalah hari akhirah" tn guru Nik Abdul Aziz